TAMAN UZLAH

Kumpulan Cerpen Taman Uzlah





















  • Warna Katarsis
  • Taman Uzlah
  • Pertarungan Kedua
  • Gua Zuhud
  • Merpalang
  • Sat Malangkaii
  • Warawiri
  • Musim Yuda
  • Kepang Ala Kuda Kepang
  • Dendam
  • Model Cinta Terpana
  • Bulan
  • Saujana Watas Yojana
  • Kubur
  • Kisah Lain Tentang Nadim
  • Cerita Atas Cerita
  • Rapsodi
  • Keterbalikan Versi Pesan Raden Panji 'iv'
  • Nanti Dulu, Matahari
  • Idola

Kecenderungan Zaen Kasturi dalam Kumpulan Cerpen Taman Uzlah

Pengenalan


Kumpulan Cerpen Taman Uzlah menyenaraikan cerpen seawal 17 Julai 1988 iaitu "Warna Katarsis" (Berita Minggu) sehingga "Idola" (Pelita Bahasa, Jun 1996). Fokus kajian mahu melihat kecenderungan Zaen Kasturi khusus dalam beberapa cerpen Taman Uzlah yang rata-rata mewakili jagat kepengarangannya.

Kecenderungan  representasi dalam cerpen Taman Uzlah

Representasi dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (m/s 1322) membawa maksud sesuatu yang melambangkan, menggambarkan atau menyatakan sesuatu yang lain. Karya Zaen Kasturi dalam Taman Uzlah banyak menggunakan unsur representasi atau perlambangan. Antara ciri-ciri reprensentasi yang dapat dilihat ialah :

Tajuk dalam Taman Uzlah. Taman Uzlah merupakan gabungan dua kata yang membentuk satu perlambangan. Cerpen Taman Uzlah ini memperlihatkan kecenderungan berlatarkan seni yang memberi makna tersendiri terhadap pengarangnya. Uzlah pula membawa maksud mengasingkan diri atau berkhalwat ini akhirnya menjadi jawapan kepada konflik watak utama (Mawar Safie)
Jalan cerita dalam Taman Uzlah. Tema dan persoalan banyak diselitkan dengan reprensentasi. Watak-watak dalam Taman Uzlah seperti Nun merupakan watak manusia, manakala Umegawa, Laila, Monalisa, Cleopatra dan Juliet merupakan sebuah lukisan perempuan yang boleh bercakap dengan Nun. Gaya bahasa pula banyak menggunakan unsur metafora, misalnya ‘ada seberkas cahaya kesumat di pelupuk mata Bungoro (lukisan)’. Selain itu, ‘hanya esakan Umegawa yang tinggal menyapu segenap kamar kecil itu'.
Unsur absurd dalam Taman Uzlah. Absurd membawa maksud sesuatu perkara yang tidak masuk akal dan bertentangan dengan fikiran yang waras. Dalam cerpen Taman Uzlah ini, watak utamanya Nun, seorang pelukis yang dapat bercakap-cakap dengan lukisnya. Bagi manusia biasa yang lahir bukan dari seorang pelukis, akan beranggapan bercakap dengan lukisan merupakan seorang yang glia tetapi berbeza dengan Nun. Nun telah menjadikan lukisannya hidup dan mempunyai perasaan seperti manusia.
Kecenderungan penggunaan nama watak.
Nama watak berdasarkan huruf-huruf Al-Quran. Huruf-huruf Hija’iyah di permulaan surah tertentu di dalam Al-Quran dikenali sebagai huruf perangkai (Al- Muqattat). Terdapat 29 huruf Hija’iyah dan 29 surah yang menggunakan  huruf perangkai. Contohnya dalam cerpen "Taman Uzlah" di mana nama watak Nun merupakan huruf permulaan surah Al-Qalam manakala huruf Ayn hadir bersama huruf perangkai lain dalam surah Al-Maryam. Selain itu, unsur tersebut turut ditemui dalam cerpen "Kepang Ala Kuda Kepang" di mana nama watak Tok Mim terdapat dalam banyak permulaan surah seperti Al-Baqarah, Al-A’raf, Al-Anfal.
Penggunaan Unsur Alam
Cerpen Bulan memaparkan dua lapisan maksud iaitu dari satu sudut bulan adalah bulan dan satu lagi adalah perlambangan kepada kebenaran dan kesucian.         
Berdasarkan nama Tokoh Legenda
Cerpen Taman Uzlah turut memaparkan penggunaan nama watak yang diambil dari tokoh-tokoh legenda seperti Laila, Monalisa, Juliet, Sita, dan Cleopatra.
Kecenderungan Ambiguiti 
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, (m/s 44) ambiguiti bermaksud kesamaran atau ketidaktentuan yang memungkinkan dua atau beberapa tafsiran dibuat terhadap sesuatu. Kecenderungan ini dilihat berdasarkan cerpen "Dendam".
Kecenderungan ambiguiti melalui tajuk. Memperlihatkan kecenderungan melalui judul yang melambangkan (ambiguiti) tafsiran yang berbeza mengenai makna sesuatu perkataan. Dendam memberikan dua makna yang berbeza. Dendam bererti rasa benci yang mendalam terhadap seseorang, tetapi dalam cerpen ini dendam bermakna perasaan cinta dan kasih yang amat sangat terhadap seseorang.

 “isteriku, walau aku kini telah bergelar suami dan kau pula seratus peratus telah menjadi isteriku, aku masih menyimpan dendam padamu, malah kurasakan dendam itu kian memberat…”

Ini jelas menunjukkan pengarang mahu khalayak berfikir
makna yang tersirat disebalik dendam itu sendiri.Dendam
di sini membawa maksud kasih sayang atau kecintaan
suami terhadap isterinya.

Kecenderungan ambiguiti melalui jalan cerita. Pada permulaan cerita, pembaca membuat tanggapan negatif terhadap si suami yang diperlihatkan hanya mahu membalas dendam terhadap isterinya selepas berkahwin. Bagi mempertingkatkan rasa suspens pembaca, pengarang mengaitkan perlakuan aneh pengantin baharu itu dengan sebuah mitos pemain seruling dari China yang merindui bulan.Yu Zheng, pemain seruling (pemberian ayahnya) yang bertahun-tahun dimainkannya kerana rindukan bulan, tetapi akhirnya dia memberi seruling itu untuk seorang anak kecil di hadapan dangaunya. 
Walaupun cerita ini tidak difahami oleh si isteri, sebenarnya anak kecil itu adalah dendam seorang suami kepada isterinya. Jadi melepaskan dendam itu bukanlah hasrat untuk membunuh atau mencederakan isteri - sebaliknya melempiaskan nafsu ghairah seorang suami kepada isterinya sehinggakan melahirkan zuriat.
Kecenderungan psikologi
Secara ringkas pendekatan ini mempunyai 2 skop iaitu psikologi luaran (diri dengan orang lain) dan psikologi dalaman (jiwa manusia). Mortan Kaplan dan Robert Kigs (pengasas p.psikologi), telah menyatakan bahawa kaedah Frued, amat sesuai, kerana tindakan bawah sedar akan dapat mempengaruhi nilai kesusasteraan. Cerpen "BULAN" telah memaparkan konflik dalaman di mana berlakunya percanggahan dalam diri watak tersebut (berkemungkinan) ialah faktor keinginan dan faktor kebenaran( m/s 130).

Kecenderungan estetika

Dalam seni sastera, apabila seseorang itu membicarakan tentang keindahan, ia akan merujuk kepada keindahan yang berkait-rapat dengan kesan daripada pengalaman, perasaan, pemikiran, imaginasi,dan wawasan.Melalui cerpen "Bulan" Zaen Kasturi telah menekankan nilai estetika, iaitu dalam (m/s 138) beliau telah membawa keindahan yang lebih agung untuk membawa manusia mencapai kebaikan, dan mengagungkan Allah.
Kecenderungan stilistik
Bermaksud kajian mengenai bahasa. Dalam buku Stilistik Satu Pengantar oleh Umar Junus, mendefinisikan stilistik kepada ilmu tentang style. Gaya memang dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa dalam karya. Pengarang akan dibenarkan menyalahi hukum tatabahasa, supaya setiap karya yang dihasilkan itu akan menjadi karya yang paling hebat. Zaen Kasturi banyak menyalahi hukum tatabahasa dalam cerpen Bulan, ini telah membuatkan kesemua karya beliau mempunyai maksud yang mendalam dan menarik. Penggunaan teknik pemerian ( m/s 130) di mana beliau memasukkan unsur penceritaan supaya khalayak berfikir dan memahami cerpen itu sendiri. Dalam cerpen Bulan, Zaen Kasturi mencipta karya dengan memfokuskan kepada perubahan waktu dan masa yang memisahkan zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa. Perubahan ini telah dinamakan sebagai style dalam bentuk penulisan Zaen Kasturi.
Kesimpulan
Secara keseluruhan, apa yang dapat disimpulkan ialah Zaen Kasturi lebih cenderung dalam menggunakan kaedah@ pendekatan yang bersifat estetika-ia merupakan keindahan,zaen kasturi bijak bermain dengan kata-kata, setiap kata-kata yang dilontarkan dalam pengkaryaan beliau, telah menampakkan beliau seorang yang suka kepada seseorang yang berfikiran kritis dan puitis.