
Zainal bin Palit atau lebih dikenali sebagai Zaen Kasturi merupakan seorang penulis yang tidak asing lagi dalam arena penulisan sastera negara . Beliau dilahirkan pada 16 Oktober 1964 di Kampung Ladang, Kuala Sungai Baru, Melaka.
Latar Belakang Pendidikan:
- Pendidikan awal rendah dan menengah di Masjid Tanah, Melaka.
- Melanjutkan pengajian ke peringkat pengajian tinggi di Universiti Malaya. Seterusnya, melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Budaya dan Bahasa di Asia Tenggara dan Kepulauan dari Universiti of London, England.
- Pernah bertugas sebagai Editor Sastera Majalah Dewan Sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP)
- Kini bertugas sebagai Ketua Bahagian Rangkaian Strategik di Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia(YADIM)

Zaen Kasturi menerima pelbagai pengiktirafan sama ada di dalam negara mahupun di luar negara. Mutakhir, beliau menerima pengiktirafan dari kerajaan Thailand menerusi Anugerah SEA Write bagi tahun 2010. Pengiktirafan ini membuktikan kewibawaan beliau dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu dan setanding dengan karya-karya dari luar negara.
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-Exxon Mobil 2009:
- Puisi Ingatan Kepada Kawan XXI ( hadiah utama).
- Puisi Ingatan Kepada Kawan XII ( hadiah penghargaan).
- Cerpen Akhir Parak Siang ( hadiah utama).
- Puisi Denyut Murba ( hadiah utama).
- Puisi Ingatan Kepada Kawan XX ( hadiah penghargaan).
- Cerpen Dari Satu Tikungan Lorong ( hadiah utama).
- Puisi Ingatan Kepada Kawan XIV.
- Nanti Dulu, Matahari.
- Saujana Watas Yojana
- Zen dengan Pedangnya
- Yuda
- Cerpen Bulan
- Ke Ruang Katarsis.
- Kacipan Nafas Pertama.
- Cerpen Sat Malangkaii