RAPSODI

Kumpulan Cerpen Rapsodi


 



















  • Kepang Ala Kuda Kepang
  • Dendam
  • Model Cinta Terpana
  • Keterbalikan Versi Pesan Raden Panji
  • Qaf, Min, Nun
  • Bulan
  • Saujana Watas Yojana
  • Keterbalikan Versi Pesan Raden Panji 'ii'
  • Giri
  • Kubur
  • Kisah Lain Tentang Nadim
  • Cerita Atas Cerita
  • Catatan Lanang 'ii'
  • Rapsodi
  • Keterbalikan Versi Pesan Raden Panji 'iii'
  • Keterbalikan Versi Pesan Raden Panji 'iv'

Kecenderungan Zaen Kasturi dalam Kumpulan Cerpen Rapsodi

Pengenalan

Rapsodi’ menurut Kamus Dewan (2005: 1289) ialah pengungkapan rasa gembira dengan berlebih-lebihan dalam pertuturan atau penulisan. Karya sastera yang ditulis dengan gaya yang sangat gembira, atau penuh perasaan, dan gubahan melalui muzik bersifat bebas dan tidak sekata bentuknya maka hal ini, kita telah dipertentangkan dengan hakikat makna oleh pengarangnya. Kumpulan Cerpen Rapsodi agak berbeza dengan cerpen-cerpen konvesional yang lain di mana berbeza dari aspek komposisi, ungkapan dan cara penulisan yang agak abstrak selain punya jalinan bahasa yang ambiguiti.

Bahasa Kreatif
Penggunaan bahasa Jawa dalam cerpen  “Kepang ala kuda kepang”. Pengaruh bahasa Jawa diterapkan menerusi nama Wali Sembilan iaitu Wali Songo selain dalam permainan wayang kulit dan kuda kepang. Selain itu, penggunaan bahasa Jawa juga dapat dilihat dalam cerpen “ Keterbalikan versi pesan Raden Panji contohnya melalui nama-nama watak sepertin Raden Panji dan Anggraini serta nama-nama tempat di Jawa seperti Bukit Togel. 

Penggunaan bahasa puitis (puisi) seperti:
   "Bawalah matahari bersamamu, tidak kira ke mana-mana pun kau pergi. Walaupun ia seperti bola, tetapi dapat ditendang".

Tafsiran Al-Quran dalam “ Qaf, Mim, Nun”. Pemberian nama-nama watak iaitu Qaf, Mim, dan Nun kepada manusia. Nama-nama ini ada makna semiotik. Istimewanya 3 huruf ini kerana tafsirannya tidak diketahui makhluk.

Nama Ganjil
Nama merupakan perkara penting bagi menyesuaikan watak dan perwatakan. Pengarang menggunakan nama bagi melapiskan makna atau mencipta satu perlambangan serta menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pembaca (berfikir bagi mencari makna dan simbol) atau mungkin juga berfungsi sekadar melangsungkan perjalanan cerita. Terdapat penggunaan nama-nama ganjil yang diambil dari: 

Huruf Al Quran

Terdapat watak Alif, Qaf, Mim, Nun dan Dza (watak-watak utama-Cerpen Qaf,Mim,Nun dan Cerpen Kubur). Huruf–huruf tersebut dikenali sebagai Al-Muqattat - 29 huruf, 29 surah. Maksud huruf-huruf itu tidak diketahui, tetapi Zaen mengangkat falsafah nama tersebut bagi mendukung watak utama dan protagonis.

Unsur Alam

Watak Bulan terdapat dalam cerpen ‘Bulan’. Jika diamati,makna bulan merujuk kepada bulan tetapi bulan turut menjadi perlambangan kepada cahaya kebenaran. Terdapat percanggahan falsafah dengan watak lain iaitu Surya (matahari) 

Huruf Rumi

Daerah XYZ di mana tempat menetapnya bapa Nunn (tokoh perniagaan terkenal tetapi tiada nilai kemanusiaan) manakala lorong DEF menjadi tempat berlakunya demonstrasi bersama penghuni setinggan bagi membantah projek Hartawan Holding.


Sistem Tanda

Terdapat segala macam perlambangan bagi tajuk-tajuk dalam kumpulan cerpen  “Rapsodi”. Contohnya cerpen "Kepang Ala Kuda Kepang" yang merupakan  bahan atau permainan klasik untuk dimanfaatkan bukan cerita semata-mata. Menurut A. Rahim Abdullah ianya sebuah nyanyian sinis untuk sedarkan golongan yang  mengamalkan kesenian rakyat hingga tersasar daripada ketauhidan kepada Allah. Cerpen Dendam pula perlambangannya ditekankan apabila suami ingin membalas dendam kepada isteri pada malam pertama. Penggunaan huruf besar dalam cerpen Model Cinta Terpana di muka surat 45 di mana penegasan tersebut merujuk kepada isi utama yang ingin disampaikan oleh beliau. Penggunaan huruf Jawi (qaf,mim,nun). Melalui penggunaannya, kita boleh buat kesimpulan bahawa Zaen merupakan seorang yang rapat dengan Al-Quran tetapi maksud sebenar memang tidak diketahui melainkan Allah SWT sahaja. Penggunaan akronim menerusi cerpen Model Cinta Terpana di muka surat 39: D-I-M-A-N-A (Dunia Indah Manusia Akan Nanar). Maksud sebenar ialah jika kita terlalu leka dengan hiasan dunia,  tidak mustahil kita kecundang akhirnya.


Unsur Mitos

Mitos merupakan perkara yang berkaitan dengan kepercayaan dan agama. Terdapat dua cerpen yang mempunyai unsur mitos iaitu "Kepang Ala Kuda  kepang" dan juga "Cerita Lain Tentang Nadim". Menerusi cerpen "Kepang Ala Kuda Kepang" ianya menyentuh tentang kepercayaan kepada keramat golongan para wali. Menyeru melalui mantera untuk memanggil semangat para  wali untuk menaikkan semangat. Mitos permainan kuda kepang di mana masyarakat melayu percaya bahawa melalui permainan kuda kepang, roh dan semangat dapat memasuki tubuh penari kuda kepang melalui bacaan tertentu. Contoh bacaan mantera yang terdapat dalam teks:
             wahai para sunan
             Sunanmu, sunanku
             Songomu, songoku
             Wahai para wali dari tanah Demak
             Masjid bertiang Sembilan
             Sekali memecut ke padang Sembilan
             Pedangmu, pedangku
             Berkilatmu, berkilauku
                                                                                (halaman 2-3)
                                                           
Unsur mitos dalam cerpen "Cerita Lain Tentang Nadim" pula menceritakan tentang Nadim yang merupakan seorang watak yang pada asalnya telah dibuang ke dalam laut, namun mitos wujud apabila watak Nadim dihidupkan kembali. Mitos ini berkaitan dengan sejarah pada zaman kerajaan Temasik. Watak Nadim yang digambarkan dalam cerpen ini pada akhirnya harus membuat pilihan sama ada untuk mengambil pendayung (untuk kembali ke Temasik) atau mengambil kapak (untuk memusnahkan perahu). Mitos sejarah ini diolah bagi mewujudkan satu jati diri dalam diri sendiri.  

 

Unsur Puisi

Kecenderungan Zaen Kasturi juga dapat dilihat menerusi unsur puisi yang diterapkan. Buktinya dapat dilihat menerusi cerpen "Kepang Ala Kuda Kepang", dan "Model Cinta Terpana". Penerapan puisi-puisi seperti pantun, mantera, seloka, gurindam, syair serta bait-bait nyanyian memperlihatkan bahawa Zaen Kasturi merupakan seorang yang amat menyedari aset bernilai daripada bahan-bahan klasik dan tradisional untuk dimanfaatkan. Contoh petikan pantun:
      dian dua dammar pun dua,
      tanglung di rumah dewa laksamana,
      diam juga sabar pun juga,
      ada untung tiada ke mana.
      pulau rakit tanjung pualan,
      olak airnya saujana biru,
      walau sakit menanggung dendam,
      kelak akhirnya menjelma madu.

Penggunaan unsur puisi merupakan salah satu taktik Zaen Kasturi untuk  menarik minat pembaca. Hal ini kerana ia melambangkan keunikan. Selitan puisi dalam karya Zaen Kasturi dipengaruhi oleh teks sastera lama. Contohnya gaya penulisan cerita lipur lara. Penerapan unsur puisi dalam karya membuktikan bahawa Zaen Kasturi mempunyai daya pemikiran yang kritis dan kreatif.

Surealis

Watak bebas bergerak,bermain dan mengembara ke mana sahaja. Zaen membawa pembaca bergerak bebas untuk memahami makna dan  mesej yang ingin disampaikan olehnya. Kecenderungan Zaen dalam memasukkan teks lain untuk meneruskan babak selanjutnya, contohnya:

Kadangkala matahari wap zat daripada bara asla kita. Kita pun terpana–sambil menyodorkan Tanya demi Tanya, kita pun semaikn nipis dan nipis–bertebaran lagi menuju ke negeri–negeri angin yang jauh, tak terjangkau oleh seberkas jawapan.              

 Pendeskriptifan huruf besar:

  *MALAM ITU SEKALIAN BURUNG PUN BERKABUNG
   MALAM ITU,SANG ULAR CUBA BERKONGSI WARNA KULITNYA DENGAN SINAR BULAN

 Keterangan ayat pertama dan hubungannya dengan ayat terakhir :

  Tagline yang ditimbulkan pengarang berguna bagi mendominasikan pemikiran iaitu: “Matahari adalah bola yang tak bias ditendang”. Sementara ayat terakhirnya pula berbunyi:”Bola itu melantun-lantun mencari gawang”.


Kesimpulan

Setiap cerpen yang dihasilkan oleh Zaen Kasturi penuh dengan simbolik, sarat dengan ikhtibar yang dihantar secara samar-samar dan punya konotasi yang boleh dikaitkan dengan pengalaman peribadi individu tertentu atau peribadi yang bersifat sejagat.  Menerusi kumpulan cerpen ‘Rapsodi’ ini, kita sesungguhnya menyaksikan seorang daripada pengarang generasi baru yang memberikan warna baru dalam jagat pencerpenan Melayu di tanah air.